Wednesday, 30 September 2009

AIDIL FITRI 1430H: TETAMU HADIR BERSERTA DOA






7 Syawal 1430H
Alhamdulillah.... ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Mu kerana dengan kudrat dan rezeki yang Kau berikan kepada kami sekeluarga telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di premis kami No 11. King's Avenue, Crumpsall. Jamuan bersama dengan pasangan Tuan Jupri Bade dan Dr. Nurul Aini serta Tuan Ahmad dan Hidayah bermula dari jam 12-7mlm.

Alhamdulilah ramai sungguh tetamu yang hadir. Inilah nikmat Allah kepada kita, walaupun jauh dari tanah air, keriangan serta kegembiraan menyambut Aidilfitri tetap sama di bumi Manchester ini.
Alhamdulilah cuaca sangat cantik hingga ke malam so that we had a successful garden event.

Di kesempatan ini diucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Yang mana terkurang kami mohon kemaafan. Didoakan sekira Allah panjangkan umurku kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal 1431H. Insyaallah.

No comments: