Thursday, 15 October 2009

Pesanan Asmah (1)

Disaat ini aku terlalu merindukan emak. Nama Asmah binti Ngah sebati dalam diri ku. Ingat sewaktu kecil kalau cikgu bagi borang untuk diisi, kulah yang akan menulis nama ini kerana ibu buta huruf. Soalan di borang itu selalu menyakitkan ku. Nama bapa:___________ will be leaving blank. Nama ibu: Asmah Binti Ngah. Nama penjaga: Asmah Binti Ngah. Memang terasa borang ni tak lengkap. namun takdir menjadikan ia begitu. Aku akur padamu Allah.

(Tahun 70an)
Dari kecil ibu selalu ingin memberikan yang terbaik buat ku...tapi aku masih kecil dan tak tahu menilai apa dan bagaimana perasaan ibu..Aku banyak memberontak kerana banyak benda yang kuinginkan tak pernah dapat. Mak banyak berkongsi dengan kakak ku...sedari umur kakakku 8 tahun. Kesian kakak. She always give her shoulder for mum to cry on. Ibu telah mendidik dia menjadi orang yang sangat bertanggunjawab pada adik2 dan pelajarannya. Kesusahan ibu membuatkan kakak sentiasa berjaya dalam exam penilaian, SPR, SPM hinggalah ke UM dalam jurusan Medic.

Masa berlalu, aku semakin membesar dan hari demi hari ku mulai memahami perasaan ibu. Alhamdulilah ingatanku masih ingat peristiwa demi peristiwa yang berlaku diadalm keluarga ku. Sebagai ibu tunggal bukan mudah mendidik anak2 dibandar Kuala Lumpur. Berbagai pekerjaan halal yang ibu lakukan dari tukang masak hinggalah berniaga emas permata, kain ela, dan keropok. Dia peramah dan ada daya tarikan pelanggan sehinggakan ada di kalangan jiran-jiran wanita kami mencemburuinya. Dia berjaya sebagai usahawan wanita pada waktu itu. Dia lembut tapi sangat tegas dengan kami. Tempat simpanan duitnya adalah dibawah susunan bantal di ceruk dinding.

(Tahun 80an)
Anak2nya semakin membesar. Kakak dan abang dah di pengajian tinggi. Tinggallah lagi kami berempat masih disekolah rendah dan menengah. Sewaktu ini ibu menangangi masalah anak remaja. Masih tidak semudah yang disangkakan. Duit makin banyak yang nak digunakan untuk membiaya sekolah kami. Emak tingkatkan usaha mencari duit lebih mula-mula mengambil upah membasuh pakaian dirumah cina dan apabila keluarga cina itu mula percaya pada emak dia minta emak membersih rumah pula. Agak lumayan tapi memenatkan. Emak dah semakin penat dan mintak aku membantunya.

Jadi rutin pagiku dari jam 6 pagi keluar dan pulang jam 10 pagi. Kami berkejar bas untuk pulang masak makan tengahari untuk ku kesekolah jam 11.30 pagi. Mujur rumah pakcik bas sekolah (Arwahi Abu Bakar) depan rumah. Sekiranya kerja kami tak banyak boleh pulang awal dan kami singgah di Pasar Pudu. Membosankan kerana emak akan pusing habis penjual ikan nak bangingkan harga yang mana lagi murah dan bagus. Sesekali emak akan beli ayam. Hmm ayam telor yang murah harganya. Waktu itu ayam2 belum diproses jadi kami bawa ayam hidup tu pulang dan Pak Abulah yang akan menyembelihnya. Gulai ayam special emak tak ada tandingannya. Penggemar setia gulai ni adalah Ayah Chik.
Pada hujung minggu kakak akan pulang dari UM dan akan tengok kerja2 sekolahku. Hari2 lain selesaikan sendiri apa yang mak buat periksa buku sekolah kalau banyak merah dan bulat2 aku kena menjawab kenapa. Kalau kakak tak balik akulah yang akan menghantar masakan ibu padanya.

Serangan sakit jantung emak yang pertama menyerang. Mungkin terlalu banyak bebanan yang ditanggungnya akhirnya terhambur keluar. Emak pengsan. Semua kuku emak jadi biru. Aku panik. Selepas keluar dari hospital emak kena banyak berehat dan kakak tak benarkan lagi emak mencuci pakaian lagi. Kakak sacrifies dengan tidak tinggal diasrama yang mana bayaran asrama saja separuh elaun biasiswa sebab masa tu kakak dah tahun buat practical di hospital dan dah kurang hadir kelas. Kalau ulang alik dari rumah banyak menjimatkan jadi wang tu boleh biaya kami sekeluarga. Bayangkan berkejar bas setiap pagi untuk sampai ke hospital ...dapat ku rasa kesukaran itu tapi apakan daya kakak ku always give her shoulder for mom to cry on. Memandangkan kesihatan emak terlalu merunsingkan dan kakak belikan kami mesin basuh Zanussi dari duit elaun praktikal. Jadi mak tak perlu risau dengan urusan kain baju.

Keputusan PMR aku berjaya mendapat pangkat yang baik namun agak kecewa kerana tak dapat ke asrama penuh. Aku hanya berjaya ke sekolah asrama di pantai timur. Meninggalkan emak sangat berat namun itu adalah langkah2 awal ku mengatur kehidupan ku. Aku harus keluar dari rumah dan kepompongku. Aku mengambil peluang itu sebaiknya dan berjaya dalam SPM dan seterusnya ke pengajian tinggi. Apabila aku berjuang didalam peperiksaan emak akan lekat di tikar sembahyang dengan pelbagai jenis solat sunat dan berkarung2 doa agar mudah perjalanan ku.
Setiap kali ku rasa jatuh akan cepat ku bangun semula dan pesanan ibu seperti rakaman rekod menyanyi dimindaku. Emak berpesan: Ingatlah kita orang susah. Emak tak ada harta yang nak bagi cuma harta pelajaran. Dari pelajaran ni ina bole jadi orang. Ada pekerjaan yang baik dan kumpulkan harta sendiri. Emak hanya boleh doa pada Allah supaya Allah lindungi kamu dan murahkan rezeki. Tingkatkan taraf keluarga kita jangan biarkan orang lain mengutuk kemiskinan kita. Ina nak tak mak rasa bangga dihadapan sedara mara? Arwah Tok Ngoh pernah berpesan sewaktu terbaring sakit ketelinga emak "mek, anok-anok adalah harta mung. bela anok molek-molek kekgi boleh tolong mung".

Asmah Binti Ngah

Terleka daku dalam buaian kasih mu
Teramat hebat kasih mu wahai Ibu
Tidak pernah padam pesanan mu seolah-olah aku tidak pandai untuk berdikari
Tidak pernah lupa titipan doamu dari jauh untuk melihatku berjaya dalam kehidupanku

Terkadang dek kesibukan karier dan keluarga aku terlepas pandang padamu
Terlupa aku bahawa kau bukan milik hakikiku
Tanpamu kini kekosongan itu terasa menjalar didalam diri
Tidak bisa ku gambarkan melalui kata-kata mahupun tindak tandukku
namun......
Terasa segar sentiasa kekuatan semangatmu disanubariku

Monday, 5 October 2009

WALK 21 2009 in New York

This year Walk 21 Conference will take place in New York.

Place Identity

Last Friday 2nd Oct 09, I attended a Place Identity Conference in Imperial War Museum, Manchester. Alhamdulilah, the fees is FOC from the organiser. Thank to RUDI.

Place Identity is about a place that have it's own distinctiveness. The place is NOTHING without PEOPLE.