Terleka daku dalam buaian kasih mu
Teramat hebat kasih mu wahai Ibu
Tidak pernah padam pesanan mu seolah-olah aku tidak pandai untuk berdikari
Tidak pernah lupa titipan doamu dari jauh untuk melihatku berjaya dalam kehidupanku
Terkadang dek kesibukan karier dan keluarga aku terlepas pandang padamu
Terlupa aku bahawa kau bukan milik hakikiku
Tanpamu kini kekosongan itu terasa menjalar didalam diri
Tidak bisa ku gambarkan melalui kata-kata mahupun tindak tandukku
namun......
Terasa segar sentiasa kekuatan semangatmu disanubariku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment